Fungsi aplikasi MySejahtera ditambah baik

Iklan
Dr Noor Hisham (tengah) ketika sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan hari ini.- Foto Bernama

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menambah baik aplikasi MySejahtera dengan memperkenalkan fungsi terbaru iaitu MySejahtera Check-In.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, fungsi itu diperkenalkan secara rintis pada 1 Jun dan mula digunakan secara meluas pada 6 Jun.

Iklan
Iklan

"Fungsi ini mendapat sambutan hangat dan dalam tempoh hanya 13 hari sebanyak 119,837 premis perniagaan telah mendaftar untuk QR code dan sebanyak 10,006,857 check-ins dicatat dari seluruh negara.

"Fungsi MySejahtera Check-In berkonsepkan Simple', 'Safe' and 'Secure," katanya pada sidang akhbar situasi semasa jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di sini hari ini.

Iklan

Menurutnya, sejak dilancarkan 20 April lalu, lebih 3.6 juta orang mendaftar dan menggunakan aplikasi tersebut.

Katanya, sebelum ini aplikasi tersebut berfungsi sebagai hotspot tracker, penilaian kendiri dan statistik terkini bagi Covid-19 di Malaysia, negara Asean dan seluruh dunia.

Iklan

"Ciri aplikasi MySejahtera yang paling popular ialah hotspot tracker yang digunakan sebanyak 13.3 juta kali sejak pelancaran aplikasi ini," katanya.

Katanya, aplikasi itu menjadi satu pencapaian yang boleh dibanggakan demi merealisasikan proses digitalisasi kesihatan di Malaysia.