PSG hantar mesej kepada Real Madrid

Iklan
Khidmat Mbappe masih diperlukan di Paris.

Bintang sensasi Paris Saint Germain (PSG), Kylian Mbappe kekal menyahut cabaran bersama Le Parisiens selepas pemain Perancis itu disifatkan sebagai masa depan gergasi Ligue 1 berkenaan.

Menurut Pengarah Sukan PSG, Leonardo, khidmat bekas pemain AS Monaco berusia 21 tahun itu sama seperti Neymar masih diperlukan dalam memastikan kesinambungan daya saing kelab milik Qatar Sports Investments berkenaan.

Iklan
Iklan

"PSG masih memerlukan khidmat kedua pemain tersebut, ini bermakna mereka tidak akan meninggalkan bumi Paris pada musim panas ini.

"Lagipun mereka masih mempunyai baki kontrak dua tahun lagi sehingga 2022 bersama PSG. Begitu pun kami sentiasa berfikir untuk mengembangkan lagi potensi diri mereka seiring dengan kemajuan kelab ini.

Iklan

"Untuk Mbappe, ingin saya tegaskan kepada semua bahawa beliau adalah masa depan PSG, kerana pada tahap ini, Mbappe adalah antara lima pemain terbaik di dunia. Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo sekarang 32 dan 35 tahun, Neymar dan Mbappe 28 dan 21 tahun.

"Jadi ingin saya tegaskan sekali lagi bahawa semua pihak tidak perlu terlalu memikirkan status kedua pemain ini. Kami akan memanfaatkan dan mengembangkan lagi sepenuhnya potensi luar biasa mereka selain kesepakatan untuk terus bersama," katanya.

Iklan

Status Mbappe bersama juara Ligue 1 itu sebelum ini terus menimbulkan tanda tanya apabila dikaitkan dengan gergasi La Liga, Real Madrid dan pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool.

Sementara itu, Neymar yang juga bintang Brazil pula juga dikaitkan untuk kembali menyambung perjuangan bersama kelab lamanya, Barcelona.