Panggung wayang, pusat urut, kedai judi dan pub kena tunggu dulu

Iklan
Gambar hiasan -Foto 123rf

NAMPAKNYA hidup kita kembali rancak seperti sediakala. Berkat usaha kita bersama, virus Covid-19 akhirnya makin hari makin hilang daripada menghantui kita.

Hari ini kebanyakan daripada kita sudah dapat bekerja seperti sebelumnya. Begitu juga dengan hampir semua perniagaan dapat dibuka semula setelah hampir tiga bulan menutup pintu.

Iklan
Iklan

Hanya terdapat beberapa sektor perniagaan yang masih tidak dibenarkan beroperasi. Antaranya, panggung wayang, pusat karaoke, pusat urut, kedai nombor ekor, kasino dan pub.

Kerajaan masih belum menyalakan ‘lampu hijau’ kepada pengusaha-pengusaha ini. Larangan ke atas perniagaan terbabit dijangka terus dikuatkuasakan dalam tempoh yang agak panjang.

Iklan

Maka terdengarlah aduan oleh pengusaha berkenaan hatta dalam kalangan pengunjung panggung wayang dan karaoke, kaki botol, kaki judi serta tidak kurang juga pelanggan setia ‘pusat urut dan refleksologi'.

Persoalan dilontarkan pengusaha: apakah sebab kerajaan sehingga hari ini masih tidak membenarkan mereka beroperasi semula?

Iklan

"Tapi kalau nak cakap mengenai penjarakkan sosial, kenapa perkhidmatan bas ekspres boleh benarkan penumpang duduk bersebelahan selama beberapa jam, sedangkan nak tengok wayang satu jam lebih pun tak boleh?” soal seorang kaki wayang.

Bagi kaki botol dan kaki judi pula mereka turut rasa hairan dan mendakwa kerajaan terlalu ketat sehingga mereka terpaksa menjalani ‘normal baharu’ iaitu tidak boleh ‘minum dan judi’.

Baguslah langkah kerajaan ‘membekukan’ dulu perniagaan pub, kelab malam, pusat karaoke (lebih-lebih lagi menyediakan minuman keras), kasino dan kedai nombor ekor.

Ketika isu pemandu mabuk heboh diperkatakan di seluruh negara, eloklah buat ketika ini beri kesedaran kepada kaki botol. Kaki judi pula berhentilah daripada berangan-angan mahu jadi kaya.