Peniaga lega dapat berniaga semula

Iklan
Buku daftar masuk dan pengambilan suhu badan pengunjung dilakukan sebelum dibenarkan masuk ke pasar lambak.

PONTIAN - Peniaga pasar lambak di daerah ini menarik nafas lega apabila dapat berniaga semula selepas tiada pendapatan hampir tiga bulan lalu susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Tinjauan dilakukan ke pasar lambak yang memulakan operasinya petang semalam mendapati, peniaga mengikut langkah ditetapkan dari segi penjarakkan gerai dan orang awam turut mematuhi arahan ditetapkan termasuk pengambilan suhu dan pemakaian topeng muka.

Iklan
Iklan

Bagi peniaga, Kharunisa Daud, 60, dia bersyukur kerana dapat meniaga semula selepas pasar lambak tidak dibuka sejak PKP dikuatkuasakan pada 18 Mac lalu.

Dia yang sudah 20 tahun berniaga sayur di pasar lambak tersebut berkata, peraturan ditetapkan seperti penjarakkan antara gerai dan beberapa langkah lain tidak membebankan peniaga kerana dilalukan untuk membendung penularan koronavirus ( Covid-19).

Iklan

"Sudah tiga bulan terpaksa cuti berniaga. Memang susah hendak cari tapak meniaga ketika PKP, cuma harapkan pasar lambak beroperasi semula.

"Gembira sangat hari ini dapat meniaga. Rakan- rakan lain juga gembira sebab mereka dapat niaga semula selepas putus pendapatan sebelum ini," katanya.

Iklan
Pasar Lambak Pontian beroperasi semula hari ini.

Peniaga Ismail Yatim, 60, yang berniaga sayur dan hasil kampung berharap kehadiran orang ramai akan menghidupkan semula pasar lambak yang dibuka semula hari ini selepas ditutup sejak tiga bulan lalu.

"Alhamdulillah dapat meniaga semula hari ini. Walaupun dengan peraturan ditetapkan tetapi peniaga tetap mematuhinya," katanya.

Menurut kenyataan Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Ayub Jamil sebelum ini, kerajaan negeri sedia membuka semula pasar pagi dan malam mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan bermula 15 Jun ini.