PENYERANG Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang kini hanya menyerahkan keputusan kepada pihak pengurusan The Gunners bagi menentukan masa depannya di Emirates.
"Sejak kebelakangan ini, saya belum menerima sebarang tawaran kontrak baharu. Tetapi sudah tentu sejak beberapa bulan sebelum ini kami ada membincangkannya.
Iklan
Iklan
"Pihak pengurusan tahu mengapa setakat ini ia tidak dipersetujui, mereka mempunyai kuncinya. Terserah kepada mereka untuk melaksanakan tugas mereka dan selepas itu, kita akan melihat bagaimana keadaannya.
"Ini adalah titik perubahan dalam karier saya dan saya akan bersikap jujur terhadap semua orang. Ia pasti akan menjadi keputusan yang sangat sukar untuk dibuat. Saya masih belum memutuskannya dan kita akan melihatnya nanti.
"Ini mungkin merupakan keputusan yang paling penting dalam kerjaya saya. Seperti yang telah saya katakan, kelab mempunyai kunci untuk ini. Saya dahagakan gelaran dan apa sahaja keputusan saya, saya berhasrat untuk memenangi gelaran,” katanya.
Aubameyang dianggap penggempur berbisa Arsenal sejak berhijrah daripada Borussia Dortmund pada Januari 2018 apabila menyumbat 49 gol dalam 75 penampilan Liga Perdana Inggeris (EPL).
Bagaimanapun, penyerang antarabangsa Gabon itu yang dikaitkan dengan Manchester United, Real Madrid dan Paris Saint-Germain (PSG) masih belum menjulang gelaran bersama skuad The Gunners setakat ini.