MELAKA TENGAH - Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) mengambil serius peningkatan jumlah kes ketagih gam dalam kalangan remaja di negara ini.
Timbalan Ketua Dasar Pengarah Dasar, Dr Sabri Zainudin Zainul berkata, sehingga Oktober lalu sebanyak 605 kes hidu gam dicatatkan dan majoriti yang direkodkan terdiri dalam kalangan pelajar sekolah menengah.
"Menyedari kebimbangan angka inilah AADK menerusi Pengarah Datuk Seri Zulkili Abdullah sebelum ini mencadangkan kepada kerajaan untuk mewujudkan akta khas menangani penyalahgunaan bahan sedutan atau inhalan.
Menurutnya, cadangan itu perlu disegerakan kerana impaknya bukan sahaja berbahaya kepada pelaku, tetapi juga memberi kesan buruk kepada sosial masyarakat disebabkan perbuatan luar kawalan selain mengakibatkan kematian.
"Kita nak usulkan akta inhalan seperti hidu gam sebab banyak melibatkan remaja supaya satu undang-undang diwujudkan seperti negara lain iaitu Singapura, Thailand dan Brunei yang sudah ada undang-undang ini.
"Hingga bulan lalu 605 (individu) ditahan menghidu gam, kalau kita biarkan perkara ini ia akan memudaratkan kanak-kanak termasuk mereka di awal menengah,” katanya selepas program Ride Against Drug di pekarangan Stadium Hang Tuah di sini, hari ini.
Hadir sama, Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari; Exco Kesihatan dan Antidadah, Low Chee Leong dan Pengarah AADK negeri, Yusof Kameh.
Dr Sabri berkata, selain itu AADK turut mengusulkan supaya individu yang datang secara sukarela termasuk di bawah umur seperti pelajar tidak direkodkan dalam rekod jenayah bagi menggalakkan lebih ramai mendapatkan rawatan tanpa dipaksa.
Sementara itu, program kayuhan basikal sejauh 25 kilometer itu disertai lebih 680 peserta daripada pelbagai kaum.