MDHS serbu kilang lebur logam haram

Iklan
Operasi bermula jam 9.30 malam itu membabitkan anggota MDHS bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS).

HULU SELANGOR - Sebuah kilang melebur logam yang dipercayai beroperasi tanpa lesen di Kawasan Perindustrian Zurah, Rasa diserbu Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) dalam operasi penguatkuasaan pada 12 Jun lalu.

Bahagian Korporat Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) menerusi kenyataan hari ini memaklumkan operasi bermula jam 9.30 malam itu membabitkan kakitangan MDHS dan Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Iklan
Iklan

"Siasatan awal dijalankan mendapati premis ini dipercayai menjalankan kegiatan melebur logam untuk diproses menjadi jongkong logam atau aluminium dan premis tidak mempunyai kelulusan Environmental Impact Assessment (EIA) JAS untuk menjalankan aktiviti tersebut.

"Berdasarkan laporan yang diterima, premis mempunyai pelan bangunan dan kebenaran merancang (KM) oleh MDHS namun permohonan lesen premis ditolak kerana terdapat isu pencemaran di tapak," katanya.

Iklan
Premis dipercayai menjalankan kegiatan melebur logam untuk diproses menjadi jongkong logam/aluminium, namun tidak mempunyai kelulusan Environmental Impact Assessment (EIA) oleh JAS untuk menjalankan aktiviti tersebut.

Kenyataan itu juga menyebut ketika operasi dijalankan, penguat kuasa terpaksa memecahkan pintu premis tetapi pemeriksaan tidak menemui sebarang jongkong aluminium seperti dalam gambar aduan.

"Bagaimanapun MDHS telah mengambil tindakan dengan menyita satu unit forklift, 18 unit jongkong logam serta beberapa peralatan alih lain," katanya.

Iklan

Menurutnya, tindakan diambil di bawah UUK 38(1) Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian MDHS 2007.

"Pemantauan ke atas premis akan dilaksanakan dari masa ke masa bagi memastikan premis tidak beroperasi tanpa kebenaran MDHS dan JAS," katanya.