BISHKEK - Presiden Kyrgyzstan, Sooronbay Jeenbekov telah menandatangani dekri yang menerima peletakan jawatan Perdana Menteri, Mukhammedkalyi Abylgaziev.
Selaras dengan itu, anggota barisan kabinet juga dianggap sudah melepaskan jawatan, lapor agensi berita Kabar.
Bagaimanapun, semua anggota kabinet akan terus menjalankan tugas sehingga pelantikan baharu dibuat.- Bernama