KUALA LUMPUR - Bagi penggemar makanan segera KFC, perkhidmatan makan di premis atau 'dine-in' kini dibuka semula di semua restorannya di seluruh negara.
Dalam kenyataannya hari ini, KFC berkata, pembukaan semula perkhidmatan itu disertakan dengan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) termasuk jarakan sosial.