KPM tak kompromi soal kualiti makanan murid

Iklan

PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak akan berkompromi dalam soal menjaga kualiti makanan yang disediakan kepada murid.

Ia susulan susulan tindakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyita Dapur Asrama Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya Selangor selama 14 hari bermula 10 Januari lalu.

Iklan
Iklan

KPM melalui satu kenyataan hari ini memaklumkan, pihaknya sentiasa mengutamakan kebajikan murid dengan memastikan kebersihan dan kualiti makanan yang dibekalkan dipatuhi.

"Sehubungan itu, pengurusan sekolah telah diminta meningkatkan tahap pemantauan bagi memastikan kualiti makanan yang disediakan senantiasa terpelihara dan mematuhi standard yang ditetapkan.

Iklan

"Selain itu, KPM juga sedang mempertimbangkan beberapa tindakan yang lebih tegas demi menjaga kebajikan murid.

"Ini kerana, kita tidak akan berkompromi dalam aspek kebersihan terutamanya melibatkan makanan pelajar,"katanya.

Iklan

Dalam perkembangan sama, KPM turut menafikan dakwaan yang tular di media sosial bahawa murid-murid di sekolah berasrama penuh itu tidak disediakan makanan selama 14 hari sepanjang tempoh dapur asrama disita.

"Untuk makluman, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor telah menyediakan kontraktor sementara selama 14 hari bagi membolehkan makanan kepada 850 orang murid di asrama sekolah berkenaan disediakan dengan mencukupi dan menepati masa hidangan yang ditetapkan,"katanya.