Tak rekod nama pelanggan, kedai makan diarah tutup

Iklan
Meletak meja di jalan raya antara kesalahan yang dikesan sebelum diarah tutup selepas gagal patuhi SOP. - Foto ihsan MPM

LUMUT - Tiga lagi premis di Sitiawan diarahkan tutup serta-merta setelah gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dalam satu pemeriksaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) semalam.

Pemeriksaan selama lapan jam dijalankan sepasukan anggota Pasukan Task Force Pematuhan SOP PKPP dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung dan Unit Penguat Kuasa Majlis Perbandaran Manjung (MPM).

Iklan
Iklan

Yang Dipertua MPM, Syamsul Hazeman Md Salleh berkata, arahan penutupan itu dikeluarkan selepas pemilik ketiga-tiga premis itu tidak merekodkan nama pelanggan yang memasuki premisnya.

"Premis tersebut turut gagal menyediakan garisan penjarakan sosial satu meter di kaunter bayaran.

Iklan

"Antara kesalahan lain yang dikesan adalah jarak antara meja juga kurang dua meter dan meletakkan meja di luar kedai iaitu di jalan raya yang tidak dibenarkan dalam tempoh PKPP oleh MPM,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sebuah kedai makan diarah tutup selepas gagal mematuhi SOP PKPP di Sitiawan, semalam. - Foto ihsan MPM

Menurutnya, tindakan diambil mengikut Seksyen 18(1)(f) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Iklan

"Premis terlibat hanya dibenarkan beroperasi semula sekiranya berjaya memenuhi SOP yang ditetapkan,” katanya.