KUANTAN - Sejumlah lapan borang pencalonan untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini telah dibeli daripada pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Pahang setakat hari ini.
Pengarah SPR Pahang, Datuk Zamree Hamli berkata, daripada jumlah itu, empat borang dibeli wakil Barisan Nasional (BN) manakala empat lagi oleh wakil bebas.