JAKARTA - Kes positif koronavirus (Covid-19) di Indonesia kini melepasi angka 40,000 selain merekodkan 2,231 kematian.
Menurut jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, Achmad Yurianto, bagi tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari ini, republik itu mencatatkan 1,106 kes positif baharu dengan 33 lagi kematian.