Penggunaan elektrik di China meningkat pada Mei

Iklan
Gambar hiasan - Foto 123RF

BEIJING - Penggunaan elektrik di China meningkat 4.6 peratus tahun ke tahun pada Mei dengan kadar peningkatan 3.9 mata peratusan dari April, lapor agensi berita Xinhua.

Dalam tempoh Januari-Mei, penggunaan elektrik negara turun 2.8 peratus tahun ke tahun, kata jurucakap Suruhanjaya Pembaharuan dan Pembangunan Kebangsaan (NDRC), Meng Wei pada sidang media di sini pada hari ini.

Iklan
Iklan

Secara khusus, penggunaan elektrik untuk sektor industri pertama dan kediaman, masing-masing meningkat 7.1 peratus dan 5.2 peratus tahun ke tahun, kata Wei.

Dalam tempoh yang sama, penggunaan elektrik di industri kedua dan tertiar, masing-masing menurun empat peratus dan 6.3 peratus dari tahun ke tahun, menurut NDRC.

Iklan
Iklan

Sementara itu, 10 wilayah mencatatkan peningkatan penggunaan elektrik dengan wilayah Yunnan dan wilayah Xinjiang Uygur meningkat lebih lima peratus. - Bernama