Amirudin menghadap Sultan Selangor

Iklan
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima menghadap Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari hari ini.

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima menghadap Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari hari ini.

Amirudin menerusi kenyataan di laman Facebook rasminya memaklumkan, pertemuan tersebut berlangsung di Istana Bukit Kayangan hari ini.

Iklan
Iklan

"Saya bersama Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri menyembah maklum perkembangan terkini mengenai usaha kerajaan Selangor dalam menangani koronavirus (Covid-19) termasuk berhubung keadaan pelajar tajaan negeri Selangor di luar negara," katanya.