Peguam Negara mohon prosiding hina mahkamah terhadap Malaysiakini

Iklan
Idrus

PUTRAJAYA - Satu permohonan ex-parte difailkan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun bagi memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap portal berita tempatan, Malaysiakini dan Ketua Editornya, Steven Gan.

Dalam afidavitnya, Idrus yang juga bekas Hakim Mahkamah Persekutuan menjelaskan permohonan untuk prosiding komital itu berkaitan komen dalam artikel bertarikh 9 Jun lalu bertajuk"CJ orders all courts to be fully operational from July 1”.

Iklan
Iklan

Permohonan itu yang difailkan Idrus semalam, dijadualkan akan diperdengarkan di Mahkamah Persekutuan di Putrajaya esok.

Menurut Idrus, beliau mengetengahkan lima komen yang dirujuk dengan jelas membawa maksud bahan kehakiman melakukan salah laku, terlibat dalam aktiviti rasuah, tidak menegakkan keadilan dan mengkompromi integriti badan kehakiman.

Iklan

Semakan Sinar Harian mendapati artikel berkenaan menerima sejumlah 12 komen pembaca sejak disiarkan minggu lalu.

Bagaimanapun, lima komen dikaitkan dengan perbuatan menghina mahkamah dipercayai telah dipadamkan oleh pihak pentadbiran laman sosial Facebook rasmi Malaysiakini.

Iklan