Dua kali 'duduk' dalam enjin kereta

Iklan
Seorang pegawai RCPA, Shane Lynn (kiri) menyelamatkan kucing jantan dari dalam enjin sebuah kereta sebelum ia diserahkan kepada keluarga pemilik haiwan itu. - Foto RCPA

DURHAM - Seekor kucing jantan berjaya diselamatkan oleh seorang anggota penyelamat haiwan selepas terperangkap dalam enjin sebuah kereta di Stockton baru-baru ini.

Menurut laporan portal berita BBC, kucing itu pada mulanya memanjat dan berada dalam ruang enjin sebuah kereta yang bergerak sejauh 1.2 kilometer.

Iklan
Iklan

Pemilik kereta itu kemudian terkejut dia mendengar bunyi kucing tersebut yang berusia enam tahun.

Selepas mendengar bunyi itu, dia memberhentikan keretanya di sebuah pasar raya di Stockton.

Iklan

Sejurus selepas berhenti, kucing peliharaan yang bernama Tatty itu keluar dari enjin kenderaan tersebut.

Kucing jantan yang bernama Tatty terperangkap di dalam enjin sebuah kereta di Stockton baru-baru ini. - Foto RCPA

Namun, haiwan itu memasuki ke bahagian enjin sebuah kereta lain di pasar raya tersebut.

Iklan

Kucing itu kemudian diselamatkan selepas anggota Persatuan Diraja Untuk Menghalang Kekejaman Ke Atas Haiwan (RSPCA) yang melakukan misi menyelamat selama sejam selepas pemilik kereta itu menghubunginya.

Seorang pegawai RSPCA, Shane Lynn berkata:"Ia (kucing) berada dalam keadaan baik dan terperangkap di celah enjin apabila saya tiba. Tetapi pemilik kereta membantu kami memutuskan bateri serta beberapa komponen elektrik bagi memberi ruang kepada saya untuk mencapai haiwan jantan tersebut dan membawanya dalam keadaan selamat."

Katanya, kucing itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Dalam pada itu, portal berita MailOnline melaporkan Lynn berkata, selepas melakukan pemeriksaan kesihatan, dia mengembalikan semula kucing itu kepada pemiliknya, Caroline Ludlam.

Ludlam berkata, dia pernah meminta orang ramai di kawasan kejiranannya mencari kucing tersebut di laman Facebook. - Agensi