Lompat si katak lompat

Iklan

Beberapa perkembangan politik terbaharu menyebabkan Awang teringat lagu rakyat yang lama Lompat Si Katak Lompat. Dalam politik rupanya banyak jenis ini, malah dah jadi trend kata orang putih. Maklumlah, semakin gawat politik, semakin rancaklah kegiatan lompat melompat parti.

Kata orang, hal itu tak hairan. Oleh sebab kerajaan yang memerintah hari ini pun hasil lompat-lompatan. Ada pihak yang beralih kesetiaan, sokong tuan baharu dan tinggalkan tuan lama. Jadi, tak bolehlah sesiapa nak menyalahkan sesiapa. Lompat-melompat dah jadi ‘kebiasaan baharu’ politik kita.

Iklan
Iklan

Akibat kegiatan lompat-melompat ini jatuhlah beberapa kerajaan negeri. Yang terbaharu ialah Kedah. Nyaris bergolak lagi Johor, mujurlah Baginda Tuanku Sultan Johor bagi amaran akan bubar Dewan Undangan Negeri.

Awang cuma nak ingatkan orang politik, sedarlah siapa yang pilih mereka. Mereka dipilih bukan kerana personaliti sahaja tapi kerana parti yang mereka wakili. Tak ada parti, siapalah mereka. Jadi apabila mereka melompat di tengah jalan, pengundi tentulah kecewa dan marah.

Iklan

Tapi agaknya dah jadi budaya kita, orang politik anggap itu perkara biasa. Mereka anggap mereka lebih besar daripada parti dan pengundi. Awang rasa kalau begini keadaannya, politik kita akan bergolak terus. Mungkin ada yang akan melompat lagi. Dengan keadaan majoriti tipis di Parlimen, kerajaan Tan Sri Perdana Menteri pun boleh goyang.

Orang politik seperti ini tak ada prinsip. Orang yang tak berprinsip sepatutnya tidak layak mewakili rakyat.

Iklan