TAIPING - Gara-gara tidak mencatat bacaan suhu pelanggan, sebuah restoran di Jalan Medan Simpang di sini diarah tutup serta-merta, semalam.
Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, dalam pemeriksaan dijalankan kira-kira jam 9.30 malam itu, premis terbabit didapati gagal mematuhi beberapa prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ditetapkan.