'Tiada arahan halang remaja, kanak-kanak keluar waktu malam'

Iklan
Maklumat palsu yang tersebar menerusi media sosial.

PUTRAJAYA - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menafikan arahan tidak membenarkan golongan remaja keluar rumah selepas pukul 10 malam.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan, KPWKM meminta agar semua pihak tidak menyebarkan maklumat palsu tersebut.

Iklan
Iklan

"KPWKM tidak mengeluarkan apa-apa arahan berkaitan maklumat berkaitan perkara tersebut.

"Pihak KPWKM memohon agar semua pihak tidak menyebarkan maklumat palsu ini," katanya di sini hari ini.

Iklan

Maklumat palsu yang tersebar menerusi media sosial itu kononnya remaja berusia 18 tahun ke bawah tidak dibenarkan keluar rumah melebihi pukul 10 malam dan kanak-kanak berusia 12 tahun pula tidak dibenarkan keluar.

"Mulai malam ini berkuatkuasa serta-merta adik-adik di bawah umur 18 tahun (13 - 16) tidak dibenarkan berada di luar dari kawasan rumah melebihi jam 10 malam.

Iklan

"Manakala yang berumur 12 tahun dan ke bawah tidak dibenarkan berada di luar dari kawasan rumah melebihi 8 malam kecuali hal yang tidak dapat dielakkan," kata mesej yang tular itu.