Ajal tercampak dalam sungai

Iklan
Mayat mangsa yang ditemui dalam sungai di Kampung Kubang Panjang, Pengkalan Kubor, Tumpat selepas motosikal ditunggangnya terbabas dan tercampak ke sungai itu.

TUMPAT - Seorang pemuda ditemui mati dipercayai akibat lemas selepas motosikal ditunggangnya terbabas dan tercampak di Jambatan Sungai Kubang Panjang, Pengkalan Kubor di sini, hari ini.

Mangsa yang berusia 25 tahun ditemui Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pengkalan Kubor pada jam 1.05 tengah hari.

Iklan
Iklan

Pegawai Operasi, PPgB Raja Arisansahseni Raja Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian lemas itu pada jam 9.04 pagi.

"Sepasukan anggota tiba di lokasi pada jam 9.18 dan melancarkan gerakan mencari mangsa di dalam sungai menggunakan bot dan selaman.

Iklan

"Mayat mangsa berusia 25 tahun yang terbabas motosikal dan tercampak ke dalam sungai tersebut dijumpai serta kemudian diserahkan kepada pihak polis,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Ab Rashid Mat Daud mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian.

Iklan

"Mayat dihantar ke unit forensik hospital untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga untuk urusan pengebumian,” katanya.