PENGENDALI Barcelona, Quique Setién memuji, Antoine Griezmann yang melaksanakan tugas dengan cemerlang ketika membantu pendahulu liga itu menewaskan Leganes 2-0 pada saingan La Liga.
Setien berkata, Griezmann mempamerkan aksi terbaiknya pada perlawanan berkenaan biarpun bergelut dengan masalah kecergasan diri sejak penangguhan liga Mac lalu, akibat pandemik Covid-19.
"Sebab itulah dia pemain penting bagi kami kerana saya menjangkakan perlawanan menentang Leganes ini sukar melainkan anda dapat memulakan permainan dengan betul sejak awal minit awal seterusnya akan membuka permainan.
"Memang ia perkara rumit. Kami bermula dengan agak baik tetapi adakalanya kami kehilangan bola dan Leganes seharusnya menjaringkan gol, namun kami mendominasi perlawanan untuk tempoh 20 minit terakhir,” katanya.
Pada perlawanan itu, bintang muda Barcelona Ansu Fati membuka jaringan sebelum bintang Argentina, Lionel Messi menyempurnakan sepakan penalti pada babak kedua untuk memastikan skuad The Catalan terus gah di puncak La Liga dengan kelebihan lima mata berbanding pencabar terdekat, Real Madrid.
Pada musim pertamanya di Nou Camp, Griezmann sekadar meledak lapan gol dalam 28 perlawanan, namun setakat ini hanya meledak 14 gol daripada 38 perlawanan.
Barca akan bertandang ke Sevilla Jumaat ini sebelum menanti kunjungan Athletic Bilbao di Nou Camp empat hari kemudian.
Sementara itu Setien tidak melihat prestasi Griezmaan ketika ini sebagai penurunan berbanding ketika beraksi dengan kelab lamanya, Atletico Madrid.
"Ketika di Atletico, dia menjaringkan 20 gol bagi setiap musim selama tempoh lima tahun. Tetapi, walaupun dia tidak berbuat demikian di sini, dia tetap pemain yang penting buat kami,” katanya.