Hartawan Filipina meninggal dunia pada usia 85

Iklan
Eduardo Cojuangco - Foto Sumber Internet

MANILA - Hartawan perniagaan Filipina, Eduardo Cojuangco meninggal dunia malam tadi, umum San Miguel Corporation dalam satu kenyataan hari ini, lapor agensi berita Xinhua.

Beliau berusia 85 tahun dan merupakan Pengerusi serta Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu.

Iklan
Iklan

Jurucakap Presiden Filipina, Harry Roque mengucapkan takziah kepada keluarga Cojuangco.

Roque berkata, mendiang menerusi San Miguel Corporation,"Telah memberi sumbangan besar terhadap pengembangan sosioekonomi Filipina melalui perniagaan makanan, minuman, sektor tenaga, minyak dan infrastruktur."

Iklan

Selain San Miguel Corporation, mendiang juga mengetuai beberapa syarikat tersenarai awam.

Cojuangco turut menceburkan diri dalam politik, pernah menjadi Gabenor Wilayah Tarlac pada 1960-an dan menjadi calon Presiden Filipina pada 1992 tetapi tewas. - Bernama

Iklan