Malaysia-Indonesia komited pertingkat hubungan pertahanan

Iklan
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Malaysia dan Indonesia akan pertingkatkan lagi hubungan pertahanan dua hala dan menekankan pentingnya memperluas kerjasama sedia ada demi kepentingan bersama walaupun berdepan dengan situasi penularan pandemik koronavirus (Covid-19).

Kementerian Pertahanan dalam kenyataan berkata, Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan rakan sejawatnya daripada Indonesia Prabowo Subianto telah mengadakan sidang video pada jam 4.30 petang hari ini, dengan kedua-dua menteri memperakui hubungan kukuh yang telah sekian lama terjalin antara Malaysia dan Indonesia.

Iklan
Iklan

"Mereka telah mengadakan perbincangan terbuka merangkumi pelbagai topik yang mencerminkan keakraban kedua-dua negara. Hubung pertahanan antara Malaysia dan Indonesia terus berkembang melalui Jawatankuasa Am Sempadan (GBC) yang ditubuhkan pada 1972.

"Hubungan pertahanan turut diperkukuh melalui beberapa inisiatif keselamatan sub-rantau iaitu Rondaan Selat Melaka (MSP) dan Perjanjian Kerjasama Tiga Hala (TCA) bersama-sama dengan Filipina,” katanya.

Iklan

Menurut kenyataan itu, Prabowo juga mengucapkan tahniah kepada Ismail Sabri atas pelantikannya sebagai Menteri Kanan (Keselamatan) dan Menteri Pertahanan.

Sebelum sesi sidang video itu, Ismail Sabri menerima kunjungan hormat daripada Suruhanjaya Tinggi Bangladesh ke Malaysia Md Shahidul Islam.

Iklan

"Antara perkara dibincangkan pada pertemuan itu adalah mengenai usaha untuk memperkukuh hubungan pertahanan dua hala antara Malaysia dan Bangladesh serta isu berkaitan kebimbangan bersama seperti isu berkaitan penularan Covid-19 termasuk penghantaran pulang migran tanpa dokumen daripada Bangladesh,” menurut kenyataan itu. - Bernama