41,431 kes positif Covid-19 di Indonesia

Iklan
Kes positif Covid-19 di Indonesia terus meningkat melepasi angka 41,000. - Foto 123RF

JAKARTA - Kes positif koronavirus (Covid-19) di Indonesia terus meningkat melepasi angka 41,000 dengan angka kematian kini berjumlah 2,276 orang.

Menurut jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, Achmad Yurianto, bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, 1,031 tambahan kes positif baharu di seluruh Indonesia dilaporkan dengan 45 lagi kematian berlaku.

Iklan
Iklan

"Kes positif kini berjumlah 41,431 manakala sebanyak 13,279 pesakit masih dalam pemantauan Covid-19," katanya pada sidang media harian yang disiarkan menerusi YouTube rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia.

Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian tertinggi keseluruhan iaitu 651 kes diikuti provinsi Jakarta (563 kes), Jawa Barat (169), Kalimantan Selatan (141) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia. - Bernama

Iklan
Iklan