Sabah benar operasi panggung wayang, perkhidmatan kecantikan

Iklan
Gambar hiasan. Gambar kecil: Mohd Shafie Apdal

KOTA KINABALU - Kerajaan Sabah memutuskan untuk membenarkan pengoperasian panggung wayang serta perkhidmatan kecantikan dan kesihatan, sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula hari ini.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, waktu operasi perniagaan hendaklah dijalankan seperti biasa, tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Kesihatan Malaysia, pihak berkuasa tempatan dan pihak yang berwajib.

Iklan
Iklan

"Kerajaan Sabah mengingatkan rakyat di negeri ini untuk terus mengamalkan jarakan sosial, memakai topeng muka dan menggunakan pensanitasi tangan dalam semua urusan dan aktiviti yang dibenarkan.

"Ini untuk memastikan keselamatan diri, keluarga dan komuniti bagi membendung penularan Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - Bernama

Iklan
Iklan