90 peratus sektor pelancongan di Kedah kembali beroperasi
Iklan
Firdaus Ahmad
ALOR SETAR - 90 peratus sektor pelancongan di Kedah sudah boleh beroperasi berkuat kuasa hari ini selepas perbincangan dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jawatankuasa Khas Keselamatan Negeri (JKKN).
Exco Pelancongan, Seni dan Budaya Kedah, Firdaus Ahmad berkata, sektor pelancongan yang dibenarkan itu perlu mengikut norma baharu dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.
Iklan
Iklan
"Antara yang telah dibenarkan beroperasi pada fasiliti penuh ialah sektor perhotelan, resort, motel dan homestay.
"Semua pusat pelancongan di Langkawi yang merupakan ikon utama pelancongan negara juga turut dibuka dan kereta kabel di Gunung Machincang dibenarkan beroperasi dengan penuh," katanya pada sidang di Wisma Darul Aman di sini.
Iklan
Menurutnya, antara sektor pelancongan lain yang kembali beroperasi ialah taman hidupan liar seperti zoo, taman buaya dan 'underwater world'.
"Turut dibuka adalah eko-pelancongan dan riadah air seperti mandi pantai, watersport, taman rekreasi, telaga tujuh, island hoping, para sailing, skuba, snorkeling dan semua aktiviti air termasuk kayak, kenu dan perahu.
Iklan
"Bagaimanapun bagi yang mahu bermain jet ski, hanya seorang dibenarkan manakala aktiviti banana bot (bot pisang) tidak dibenarkan," katanya.
Firdaus berkata, pihaknya juga kini dalam perancangan merangka satu kursus membantu pemain industri untuk kembali bangkit menerusi kerjasama Kolej Komuniti.
"Pelancongan di Kedah kini sedang bergerak tapi agak perlahan. Kursus ini akan memberikan ilmu mengenai pengurusan pelancongan kepada pemain-pemain industri ini bagi meningkatkan pengetahuan untuk menarik lebih ramai pelancong datang ke Kedah," katanya.
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam