'Upah deejay RM350, tapi caj lesen RM600'
Iklan
Mohamad Yusrizal Yusoff
ALOR SETAR - Persatuan Pengguna Kedah (Cake) menyifatkan tindakan mengenakan lesen muzik sebanyak RM600 untuk majlis kenduri dan keraian adalah agak keterlaluan.
Setiausaha Cake, Mohamad Yusrizal Yusoff berkata, berkata terdapat banyak majlis kenduri dan keraian yang diadakan di Kedah tak kira sama kawasan kampung ataupun bandar, yang rata-ratanya menggunakan khidmat deejay bagi memeriahkan majlis mereka.
Iklan
Iklan
"Bagaimanapun, kita dapati kebanyakan deejay ini hanya mengambil upah lebih kurang RM350 hingga RM500 untuk sesuatu majlis yang menggunakan perkhidmatan mereka.
"Jadi, Cake merasakan kutipan bayaran lesen muzik yang dikenakan ke atas pemasangan muzik untuk majlis ini akan menambah kos sesebuah majlis, sekaligus menyebabkan deejay bebas tidak lagi menerima pendapatan mereka.
Iklan
"Bayangkan, deejay yang memperolehi upah antara RM350 hingga RM500 terpaksa memasang peralatan seperti speaker dan monitor untuk mengacara majlis dari pagi hingga petang," katanya.
Bagaimanapun, kata beliau, Music Right Malaysia (MRM) secara tiba-tiba mengenakan lesen muzik sebanyak RM600, yang mana ia dirasakan tidak adil untuk deejay bebas dan tuan rumah majlis.
Iklan
"Selama ini, amalan bermain muzik di majlis amat biasa di negara kita, yang mana ia merupakan salah satu kaedah sosial rakyat di Malaysia yang mahu memeriahkan majlis mereka," katanya.
Yusrizal berkata, pihaknya tertanya-tanya mengapa kebebasan untuk mengadakan majlis yang meriah disekat dengan kutipan caj sebegitu, dan sesuatu majlis perkahwinan atau keraian ini menjadi sepi sekiranya tanpa muzik.
Sehubungan itu, katanya, pihak Cake berharap MRM dapat melihat kembali Akta Hakcipta 1987 dengan melihat semula pengguna muat turun muzik secara haram atau karya muzik yang diciplak.
Katanya, tindakan berkenaan dirasakan lebih bermanfaat berbanding menekan mana-mana pihak dengan mengenakan lesen muzik sebanyak RM600 untuk semua majlis kenduri dan keraian itu.
"Lagipun, kita melihat dendangan muzik di majlis keraian akan mempromosikan lagi muzik tersebut kepada seseorang pengguna dan muzik tersebut akan mendapat publisiti secara tidak langsung," katanya.
Sebelum ini, MRM dalam satu kenyataan memaklumkan semua majlis keraian atau perkahwinan yang mahu memainkan alatan muzik sama ada secara rakaman mahupun langsung akan dikenakan lesen muzik sebanyak RM600.
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam