PUTRAJAYA - Datuk Saifuddin Abdullah menolak pelawaan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk menyertai Muafakat Nasional - kerjasama Pas dan UMNO, namun menyifatkan pelawaan itu menunjukkan kelapangan hati kerjasama dua parti berkenaan.
Menteri Komunikasi dan Multimedia itu yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota berkata, beliau secara peribadi terikat menerusi persefahaman dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.