Kecekapan Kedutaan Malaysia selamatkan pelajar terkandas di Singapura

Iklan
Muhammad Zulhaiqal Iqmal (kanan), Aina Adiliah (tengah) dan Sulayman (kiri) bergambar selepas tiba di KLIA pagi tadi.

SHAH ALAM - Campur tangan dan kecekapan pegawai di Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Singapura berjaya menyelamatkan tiga pelajar Malaysia dalam perjalanan pulang ke tanah air daripada dihantar pulang semula ke United Kingdom (UK), semalam.

Pelajar-pelajar tersebut yang merupakan penuntut University Warrick di UK menaiki pesawat British Airways dari Heathrow di London pada jam 7.55 petang (waktu London) dan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa di Changi, Singapura 13 jam kemudian.

Iklan
Iklan

Sebaik tiba di Changi, mereka telah diarahkan berpatah balik ke London dan dimaklumkan yang mereka tidak dibenarkan transit di republik itu berikutan peningkatan kes Covid-19 yang melanda negara tersebut.

Pelajar terbabit, Muhammad Zulhaiqal Iqmal Zulkifly, Sulayman Abdul Hadi dan Aina Adiliah Mohd Zulkifli, kesemua berumur 22 tahun, terkejut kerana mereka tidak dimaklumkan mengenai perkara tersebut semasa membuat pemeriksaan masuk di Lapangan Terbang Heathrow di London.

Iklan

Menurut bapa kepada salah seorang pelajar terbabit, Zulkifly Mohamad, 59, akibat arahan diminta berpatah balik itu menyebabkan anaknya dan rakan-rakan mereka terkandas selama hampir 16 jam di Lapangan Terbang Changi.

Jelas Zulkifly, anaknya, Muhammad Zulhaiqal kemudian telah menghubungi Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Singapura untuk mendapatkan bantuan.

Iklan

"Anak saya dan rakan-rakannya diberi dua pilihan sama ada berpatah balik ke London menaiki pesawat terawal atau dikuarantin di Singapura selama dua minggu dengan bayaran sebanyak SG$2,000 seorang," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini hari ini.

Tambah Zulkifly, dia turut menghubungi Kementerian Pengajian Tinggi melalui Setiausaha Politik Menteri dan beberapa pihak yang lain bagi mendapatkan bantuan.

Katanya, ketiga-tiga pelajar itu kemudian terpaksa menunggu untuk menaiki pesawat untuk berpatah balik ke London.

Bagaimanapun, mereka diarahkan untuk tidak menaiki pesawat tersebut kerana usaha sedang dilakukan bagi mendapatkan kebenaran membawa mereka pulang ke Malaysia oleh seorang pegawai Pesuruhjaya Tinggi.

"Atas usaha yang dilakukan oleh pegawai dari Pesuruhjaya Tinggi yang dikenali sebagai Puan Dayang, seorang pegawai dari Kementerian Pengangkutan Singapura telah bertemu anak saya menyelesaikan masalah tersebut, kira-kira 15 minit sebelum mereka menaiki pesawat untuk berpatah balik.

"Beberapa pihak lain turut berusaha menyelesaikan isu itu termasuk dari Bank Negara Malaysia yang membiayai penggajian mereka di sana.

"Akhirnya usaha membawa mereka pulang berjaya dan mereka menaiki pesawat Singapore Airlines dan selamat tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira jam 9.45 pagi.

"Mereka juga telah disahkan negatif Covid-19 setelah membuat pemeriksaan kesihatan sebaik tiba di KLIA," katanya.