BHUBANESWAR - Sekumpulan penyelidik di India menemui sebuah kuil yang dipercayai berusia hampir 500 tahun di Sungai Mahanadi, Bhubaneswar baru-baru ini.
Kuil itu dijumpai oleh pasukan tinjauan arkeologi, Parti Amanah Nasional India untuk Warisan Seni dan Budaya (INTACH) selepas sebahagian daripada struktur kuil tersebut muncul di permukaan sungai.
Iklan
Iklan
"Kuil ini dipercayai tenggelam semasa banjir pada tahun 1933, kini usianya sekitar 450 hingga 500 tahun.
"Kami kini sedang mengerjakan sebuah projek mendokumentasikan lembah Mahandi, jadi kami mencari kuil ini," kata Ketua INTACH, Kumar Dhir.
Menurut penduduk tempatan, sekitar 11 tahun lalu sebahagian daripada struktur kuil itu pertama kali dapat dilihat di atas permukaan sungai dan sejak itu para penyelidik giat mengesannya.
Dalam pada itu Dhir berkata, gaya pembinaan 'mastaka' atau bahagian atas kuil dan bahan binaan yang digunakan menunjukkan bahawa kuil seluas 55 hingga 60 kaki itu dibina sekitar abad ke-15 atau awal abad ke-16.
Katanya, terdapat sekitar 65 buah kuil di daerah itu yang tenggelam tetapi hanya Kuil Gopinanth yang dapat dilihat selepas beberapa tahun kerana ia adalah antara yang tertinggi. - Agensi.