PH guna kenderaan kerajaan, ini jawab polis

Iklan
Sidang media Ketua Polis Daerah CH, DSP Ashari Abu Samah di Pusat Media Hotel Cool Point. Foto SINAR HARIAN, SHARIFUDIN ABD RAHIM

CAMERON HIGHLANDS - Polis mengesahkan menerima laporan polis berhubung isu penyalahgunaan kenderaan kerajaan dalam kempen PRK Cameron Highlands.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Polis Ashari Abu Samah berkata setakat ini pihaknya masih belum mengklasifikasikan kes tersebut.

Iklan
Iklan

"Kita ada terima satu laporan polis oleh BN...bukan dari calon (Ramli Mohd Nor) mengenai penyalahgunaan kenderaan kerajaan ini. Laporan itu masih dalam siasatan.

"Kita akan maklumkan dari semasa ke semasa. Buat masa ini kita belum ada keputusan lagi untuk diklasifikan kerana kita masih menunggu pengadu-pangadu untuk diambil keterangan," katanya pada sidang media, di Tanah Rata, hari ini.

Iklan

Beliau juga akui menerima satu laporan polis oleh calon BN berhubung dakwaan seorang timbalan menteri menahan keretanya, semalam.

Katanya, setakat ini polis menerima 17 laporan polis atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Pilihan Raya 1954.

Iklan

"Hanya satu kertas siasatan dibuka yang disiasat melibatkan kertas undi yang diviralkan di media sosial itu.

"Selain itu, laporan polis dibuat turut melibatkan beberapa isu, pemberian wang, khemah dirosakkan, dan seperti yang diketahui berlaku di Sungai Koyan, semalam," katanya.

Sementara itu, beliau memaklumkan kes pemberian wang kepada masyarakat Orang Asli telah diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) untuk siasatan lanjut.

Meskipun keadaan sedikit panas dengan beberapa isu yang dibangkitkan, beliau masih menyifatkan perjalanan kempen berjalan lancar.

"Setakat hari ini Alhamdulillah perjalanan proses kempen berjalan dengan baik. Kita jangka keadaan akan lebih hangat, ramai pimpinan tertinggi akan hadir.

"Tapi kami sudah bersedia dengan petugas-petugas bagi mengelakkan perkara tidak diingini," katanya.

Tambahnya, sebanyak 41 permit ceramah telah diluluskan di mana 16 oleh PH dan 25 oleh BN.

Dalam perkembangan lain, beliau memaklumkan seramai 247 pegawai polis akan mengundi awal esok di dua lokasi iaitu di Brinchang dan Sungai Koyan.

This browser does not support the video element.