Laman sesawang rasmi wadah pemerkasaan syiar Islam

Iklan
Zulkifli

SHAH ALAM – Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) melancarkan laman sesawang pertama di negara ini yang membolehkan orang ramai mengakses segala maklumat berkaitan kementerian tersebut.

Menterinya, Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, laman sesawang www.mira.gov.my adalah inisiatif pihaknya untuk tampil sebagai wadah pemerkasaan syiar Islam di peringkat Persekutuan.

Iklan
Iklan

"Menyedari keperluan untuk JPM (Hal Ehwal Agama) tampil sebagai wadah pemerkasaan syiar Islam di peringkat Persekutuan, kami telah melancarkan www.mira.gov.my pada minggu lepas.

"Alhamdulillah, walaupun baru dilancarkan, kunjungan sudah melebihi 20,000 pelawat. Laman sesawang ini merupakan yang pertama seumpamanya dalam sejarah Kerajaan Malaysia. Segala info berkaitan JPM (Hal Ehwal Agama) akan disebarkan melalui platform ini,” katanya dalam sidang media 100 hari Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di Masjid Mahmoodiah, Presint 18, Putrajaya, hari ini.

Iklan

Menurutnya, menjadi kelaziman bagi rakyat Malaysia untuk mengetahui apa yang telah dilaksanakan oleh kerajaan semasa sepanjang tempoh berada dalam pentadbiran.

Kata beliau, ia menjadi tanggungjawab pihaknya untuk telus dalam melaporkan apa jua aktiviti dan program kepada masyarakat.

Iklan

"Kami juga melihat adanya keperluan untuk JPM (Hal Ehwal Agama) terus menerus menyalurkan laporan yang padat dan informatif kepada rakyat Malaysia khususnya umat Islam.

"Atas asas ini, saya memperkenalkan Kad Laporan Bulanan yang membolehkan masyarakat meneliti apa yang kami laksanakan sepanjang 100 hari ini. Saudara dan saudari boleh membaca atau memuat turun Kad Laporan Mac-April dan April-Mei 2020 di www.mira.gov.my,” katanya.