PUTRAJAYA - Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berikrar bekerja keras bagi memastikan kementerian itu mencapai visi sebagai peneraju transformasi sistem pengangkutan bersepadu, efisien dan selamat.
Menerusi catatan di Facebooknya Ka Siong berkata, beliau berdepan cabaran menggalas tanggungjawab ketika pandemik koronavirus (Covid-19) melanda negara.
Iklan
Iklan
"Ketika saya mula diamanahkan dengan tanggungjawab besar ini, kita sedang berdepan dengan pandemik Covid-19 dan saya banyak memberikan fokus terhadap langkah-langkah pencegahan yang perlu ditangani khususnya melibatkan MOT," katanya.
Genap 100 hari memegang jawatan itu hari ini, Ka Siong tetap mencari ruang untuk memberikan fokus terhadap portfolio MOT secara menyeluruh.
"Jika tidak di pejabat, saya pasti akan membaca, meneliti dan memahami secara mendalam apa jua perkara berkaitan MOT di mana saja sama ada di rumah mahu pun dalam kenderaan," katanya.