Napoli berhak menang trofi Coppa Italia: Gattuso

Iklan
Napoli juara Coppa Italia -Foto: Getty images

PENGENDALI Napoli, Gennaro Gattuso menyifatkan kejayaan menjulang trofi Coppa Italia sebagai satu anugerah daripada 'Dewa Bola Sepak.'

Gattuso berkata, Napoli nyata berhak memenangi trofi berkenaan setelah bekerja keras dengan penuh semangat hingga menghasilkan kejayaan berkenaan.

Iklan
Iklan

Sekali gus menurut Gattuso, trofi berkenaan adalah kejayaan terbesarnya selaku pengurus sesebuah pasukan bola sepak.

"Sesiapa juga yang mengendalikan pasukan perlu ada rasa hormat terhadap tugasnya itu (pengurus). Kali ini kami bernasib baik.

Iklan

"Tetapi, inilah yang membuatkan saya marah kerana keseluruhannya, ia mesti melibatkan minat, hormat dan juga serius ketika beraksi.

"Setelah itu, baharulah 'Dewa Bola Sepak' akan memberikan anda anugerah (kemenangan), bila anda telah melaksanakan tugas dengan baik," katanya.

Iklan

Rabu lalu, Napoli muncul juara Coppa Italia setelah menewaskan Juventus 4 -2 menerusi penentuan sepakan penalti setelah kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan sehingga tamat masa tambahan.

Dua pemain Juventus, Paulo Dybala dan Danilo gagal menyempurnakan sepakan penalti bagi mengesahkan kejayaan Napoli.

Sementara itu Gattuso turut mengakui skuad kendaliannya terpaksa bergelut di sepanjang tempoh 90 minit perlawanan apabila berdepan pendahulu Serie A itu.

Bagaimana pun katanya, dia gembira kerana Napoli akhirnya berjaya menewaskan Juventus bagi membawa pulang trofi Coppa Italia, musim ini.

"Dunia bola sepak telah memberikan saya lebih daripada apa yang sepatutnya saya terima. Kini, saya mahu melihat pula Napoli terus mencatat kejayaan pada baki 12 perlawanan dengan penuh rasa hormat dan tidak menyerah kalah," katanya.