Sewa rumah mewah untuk aktiviti penipuan pelaburan
Iklan
Polis sedang menggeledah kediaman mewah yang dipercayai menjalankan kegiatan penipuan pelaburan di Batu Feringghi tengah malam tadi.
GEORGETOWN - Seramai 11 individu termasuk 10 warga China ditahan kerana dipercayai menjalankan aktiviti penipuan promosi pelaburan di sebuah kediaman mewah di Batu Feringghi di sini tengah malam tadi.
Mereka yang terdiri seorang lelaki warga tempatan, enam lelaki dan empat wanita warga China itu ditahan pada jam 12.15 tengah malam oleh sepasukan Cawangan Kongsi Gelap, Judi Dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang.
Iklan
Iklan
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Datuk Zainol Samah berkata, siasatan awal mendapati, kesemua mereka berusia lingkungan 25 hingga 53 tahun itu mengakui bekerja dengan sindiket yang berpusat di Kemboja sejak beberapa bulan lalu.
Menurutnya, lelaki tempatan tersebut baharu bekerja sebagai pemandu kepada ahli sindiket sejak sebulan lalu dengan bayaran gaji RM3,500 sebulan.
Iklan
"Sasaran sindiket ini adalah warga China yang mana mereka ini menjalankan aktiviti penipuan promosi pelaburan kepada rakyat China untuk pasaran negara itu. Setiap seorang mampu membawa keuntungan bulanan sehingga RM15,000 dengan jumlah keseluruhan RM150,000.
"Wang keuntungan tersebut akan diserahkan kepada sindiket melalui transaksi bank. Semua suspek mengaku mereka berperanan untuk mendapatkan pelanggan daripada China dan kemudiannya disalurkan kepada sindiket itu di Kemboja," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini hari ini.
Iklan
Tambahnya, kesemua warga China tersebut tinggal di kediaman mewah tersebut sejak empat bulan lalu dengan kadar sewa RM13,000 sebulan.
"Sindiket ini menjadikan kediaman mewah ini untuk menjalankan kegiatan mereka bagi mengaburi mata pihak berkuasa. Mereka mendakwa, kegiatan tersebut beroperasi 24 jam setiap hari yang mana komisen yang diterima berdasarkan jumlah pelanggan yang berjaya dikumpul.
"Semakan mendapati, kesemua warga China tersebut masuk ke Malaysia pada Januari lalu iaitu sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan dengan menggunakan pas lawatan sosial. Bagaimanapun, hanya seorang daripada mereka tidak memiliki pasport ketika serbuan dibuat," katanya.
Zainol berkata, polis merampas empat buah komputer riba; dua set komputer, empat buah telefon bimbit dan lima buah modem.
"Semua suspek masih belum mendedahkan keseluruhan aktiviti mereka yang sebenar dan siasatan lanjut sedang dijalankan. Kita turut mendapatkan khidmat pakar judi untuk menganalisa barang kes yang dirampas bagi membantu siasatan.
"Kesemua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut untuk siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1)(a), (c) dan (g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen1963," katanya.
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam