Sektor pelancongan Terengganu kembali rancak

Iklan
Ariffin (tengah) ketika merasmikan sistem Masuk.la yang dibangunkan bagi merekod kehadiran pengunjung di setiap premis di negeri ini hari ini.

KUALA TERENGGANU - Sektor pelancongan Terengganu kembali rancak berikutan pertambahan pengunjung dari luar negeri selepas

kerajaan membenarkan pergerakan rentas negeri menerusi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Terengganu, Ariffin Deraman berkata, perkembangan itu merupakan berita baik bagi pemain sektor pelancongan dan rakyat negeri ini dalam menjana ekonomi serta pendapatan mereka.

Iklan
Iklan

"Alhamdulillah, sejak penguatkuasaan PKPP, kita lihat sektor pelancongan kita di negeri ini semakin rancak. Makin ramai pengunjung terdiri dalam kalangan pelancong tempatan datang ke sini terutama pada cuti hujung minggu.

"Peningkatan jumlah pengunjung ini memberi kesan positif pada industri perhotelan sehingga ada dalam kalangan pengusaha hotel merekod peningkatan sehingga 80 peratus dari segi jumlah kehadiran pelanggan dan tempahan bilik,” katanya pada sidang media ketika merasmikan sistem Masuk.la di Kuala Terengganu City Centre (KTCC) Mall di sini hari ini.

Iklan

Sementara itu, beliau turut menasihatkan pengunjung serta rakyat di negeri ini supaya terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi mengelak penyebaran pandemik koronavirus (Covid-19).

"Kita nasihatkan pengunjung luar Terengganu dan rakyat Terengganu sendiri supaya teruskan pematuhan SOP yang ditetapkan walau di mana sahaja mereka pergi.

Iklan

"Kekalkan penjagaan jarak satu meter antara satu sama lain, sentiasa memakai topeng hidung dan mulut serta jangan lupa untuk bawa bersama dan memakai cecair pembasmi kuman.

"Ia sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelak pandemik Covid-19,” katanya.