EMGS sokong cadangan buka semula sempadan negara penuntut antarabangsa

Iklan
Mohd Radzlan Jalaludin

SHAH ALAM - Education Malaysia Global Services (EMGS) menyokong cadangan Kementerian Pertahanan bagi pembukaan semula sempadan negara untuk kemasukan penuntut antarabangsa.

Ketua Pegawai Eksekutif Education Malaysia Global Services (EMGS), Mohd Radzlan Jalaludin berkata, pihaknya menyokong penuh usaha itu bagi membuka semula peluang melanjutkan pengajian untuk penuntut-penuntut antarabangsa ke Malaysia.

Iklan
Iklan

Menurutnya, EMGS juga yakin SOP yang ketat akan dirangka bagi memastikan kemasukan pelajar antarabangsa ini tidak menjejaskan usaha membanteras wabak koronavirus (Covid-19).

"EMGS juga telah merangka cadangan prosedur operasi standard (SOP) kemasukan penuntut antarabangsa untuk dikemukakan kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Iklan

"EMGS juga mengalu-alukan kedatangan penuntut antarabangsa ke Malaysia seiring dengan matlamat menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan pilihan global. Dengan adanya kemasukan mereka dapat membantu menjana semula ekonomi negara," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung tindakan pihak kerajaan akan mempertimbangkan agar sempadan negara dibuka semula dan membenarkan penuntut antarabangsa kembali ke Malaysia semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Iklan

Ismail Sabri berkata, ini berikutan penerimaan permohonan daripada penuntut antarabangsa yang meminta mereka dibenarkan kembali ke Malaysia untuk melanjutkan pengajian.

Oleh itu, katanya lagi, Jawatankuasa khas Kabinet akan membentangkan cara terbaik dalam penerapan SOP kepada penuntut antarabangsa.