Pas yakin siasatan adil terhadap Siti Kasim

Iklan
Kamaruzaman Mohamad

SHAH ALAM - Pas yakin siasatan seadilnya bakal diambil polis terhadap peguam kontroversi, Siti Kasim yang mengeluarkan kenyataan berhubung gesaan supaya mengharamkan sekolah tahfiz di negara ini.

Ketua Penerangannya, Kamaruzaman Mohamad berkata, parti itu berharap perkara yang mengancam kesucian dan kedudukan Islam seperti yang dijamin Perlembagaan ditangani dengan pantas dan berkesan.

Iklan
Iklan

"Sebagai anggota masyarakat prihatin, tiada ruang kompromi sepatutnya diberikan mana-mana pihak yang cuba mencetuskan keadaan tidak harmoni dalam negara.

"Semoga kesucian agama Islam terus terpelihara dengan lahirnya ramai generasi al-Quran yang baik melalui institusi tahfiz al-Quran dan semoga keharmonian kaum diamalkan masyarakat Malaysia terus berkekalan dengan berpandukan Perlembagaan negara,” katanya dalam kenyataannya hari ini.

Iklan

Sebelum ini, kenyataan Siti Kasim bertajuk 'Pis Way Of Dealing With A Problem’ tular di Facebook dan polis menerima sebanyak 113 laporan polis membabitkan kenyataan itu sebelum siasatan dimulakan pada 27 Mei lalu.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan kerana sengaja mengaibkan dengan niat boleh membangkitkan pecah keamanan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi 1998.

Iklan