Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan

Iklan
Kelihatan beberapa orang awam mula melakukan aktiviti riadah sukan dan berbasikal di sekitar kawasan mercu tanda nama Labuan di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) semasa tinjauan hari ini. Kawasan ini mula dikunjungi orang ramai yang sebelum ini sepi tanpa sebarang aktiviti hampir tiga bulan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac lalu. Kerajaan Malaysia memulakan arahan PKP untuk mengekang penularan wabak COVID-19. - Foto Bernama