Gempa 7.4 skala Richter gegar New Zealand

Iklan
Gempa bumi kuat berukuran 7.4 pada skala Richter menggegarkan New Zealand hari ini.

WELLINGTON - Gempa bumi kuat berukuran 7.4 pada skala Richter menggegarkan New Zealand hari ini dengan pusat gempa terletak di Kepulauan Kermadec, kira-kira 710 kilometer di luar pantai Gisborne dekat bahagian timur North Island.

Menurut laporan NZHerald, gempa berlaku pada jam 1.50 petang (waktu tempatan) dan ramalan awal turut menyatakan gelombang tsunami setinggi 0.3 meter bakal berlaku.

Iklan
Iklan

Sejurus selepas gempa tersebut, Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan New Zealand mengeluarkan kenyataan memaklumkan pihaknya sedang menilai ancaman gempa itu kepada negara.

"Kami akan mengemas kini maklumat dengan segera setelah penilaian awal selesai dilakukan," tulis agensi tersebut di Twitter.

Iklan
Iklan

Pihak berkuasa turut menasihati penduduk yang tinggal di sepanjang pantai berkenaan untuk berpindah dan bergerak ke kawasan lebih tinggi jika mereka merasai sebarang gegaran yang panjang dan kuat. - Agensi