Angkasawan Negara bakal dapat anak kembar lagi

Iklan
Foto Instagram Dr Sheikh Muszaphar.

ANGKASAWAN Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor bakal menerima sepasang anak kembar sekali gus impian menginginkan sebuah keluarga yang ramai akan terlaksana.

Isterinya, Datin Dr Halina Mohd Yunos dikhabarkan hamil tiga bulan.

Iklan
Iklan

Berita gembira itu dikongsi oleh Dr Sheikh Muszaphar menerusi akaun Instagram miliknya berserta gambar ahli keluarganya.

"Alhamdulillah. Syukur teramat. Dr Halina kini mengandung 13 minggu anak kembar.

Iklan

"Saya hanya gembira, tidak dapat berkata-kata. Seperti Dejavu sekali lagi," tulisnya.

Bagaimanapun, beliau menyedari mengandung anak kembar sangat berisiko berdasarkan pengalaman yang dilalui isterinya ketika hamil, Sheikh Adam dan Sheikh Noah.

Iklan

"Kami selalu inginkan keluarga besar. Tetapi mengandung anak kembar semasa hamil adalah risiko yang sangat tinggi seperti yang pernah kami alami sebelumnya.

"Mual berganda. Muntah berganda. Kembung berganda. Teringin berganda. Pendarahan berganda seperti yang pernah dialami isteri," tulisnya.

Beliau menambah, Dr Halina masih melaksanakan tanggungjawabnya sebagai barisan hadapan (frontliner) bagi merawat pesakit dijangkiti wabak koronavirus (Covid-19).

"Sukar melihat Dr Halina melalui trimester pertama dan masih bekerja sebagai frontliner bagi merawat pesakit Covid-19.

"Satu-satunya perkara yang dapat saya lakukan ialah menambah berat badan bersamanya yang merupakan sebahagian daripada perjanjian," katanya.

Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha, kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah.