KOTA KINABALU - [DIKEMASKINI] Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah memfailkan tuntutan terhadap bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman bagi menuntut RM872 juta milik yayasan itu yang didakwa hilang disebabkan perjanjian aktiviti pembalakan.
Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Jamalul Kiram Mohd Zakaria berkata, tuntutan itu telah difailkan melalui sistem e-filing di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada 16 Jun lalu.