23 kes import baharu Covid-19 di Myanmar

Iklan
Kes baharu membabitkan mereka yang dikuarantin sejurus tiba dari Thailand dan Malaysia, baru-baru ini.

YANGON - Sebanyak 23 kes import baharu koronavirus (Covid-19) dilaporkan di Myanmar pada Jumaat pagi, menjadikan jumlah keseluruhan 286 kes, menurut data Kementerian Kesihatan dan Sukan, lapor agensi berita Xinhua.

Kes baharu itu membabitkan mereka yang dikuarantin sejurus tiba dari Thailand dan Malaysia, baru-baru ini.

Iklan
Iklan

Sehingga Jumaat pagi, sejumlah 56,726 sampel sudah diuji dan 5,623 pesakit sedang dipantau, kata kementerian itu.

Myanmar melaporkan dua kes pertama pada 23 Mac dan sehingga kini enam kematian dicatatkan.- Bernama

Iklan
Iklan