Bau busuk rupanya daripada kain kafan...

Iklan
Objek misteri berisi bangkai ayam ditemui di tanah perkuburan Kampung Bakalan Krapyak. - Foto Kompas

JAWA TENGAH - Misteri bau busuk membawa kepada penemuan sembilan kain kafan di sebuah tanah perkuburan Kampung Bakalan Krapyak, daerah Kaliwungu, Jawa Tengah, Indonesia.

Lapor Kompas, penemuan itu ditemui oleh penduduk yang mencurigai bau busuk di kubur sekitar jam 4.30 petang semalam.

Iklan
Iklan

Ketua Kampung Bakalan Krapyak, Susanto mengatakan terdapat dua 'kubur' berasingan.

"Penduduk menjumpai dua 'kubur' yang dipenuhi lalat dan bau busuk.

Iklan

"Mereka menggali pada kedalaman 30 sentimeter dan menemui objek mencurigakan. Satu lokasi mengandungi empat objek dan satu lagi mengandungi lima objek," katanya ketika menghubungi polis.

Ketua polis, AKP Agustinus David berkata, pihaknya ke lokasi sebaik menerima laporan daripada orang awam berhubung penemuan sembilan kain kafan jenazah bersaiz seakan bayi.

Iklan

"Hasil siasatan mendapati sembilan kafan itu berisi bangkai ayam. Terdapat juga gambar wanita, jarum dan kata-kata pemujaan yang ditulis pada kertas.

"Dipercayai ada individu yang melakukan upacara ilmu hitam seperti sihir dan sebagainya," katanya.

Walaupun begitu, pasukan polis masih berusaha menyelidiki kes objek misteri itu.

Sebelum ini, penemuan sembilan objek misteri itu menggemparkan penduduk hingga menjadi bualan hangat termasuk di laman sosial.