"JANGAN hanya melihat pemain import, tetapi bagaimana dengan nasib barisan pemain tempatan yang masih lagi berbaki hutang melibatkan tunggakan gaji sehingga kini."
Itu luahan bekas pemain pertahanan The Red Warriors (TRW), Amiridzwan Taj Tajuddin susulan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) terus berdiam diri berhubung tuntutan tunggakan gajinya yang masih belum dibayar sehingga kini sebanyak RM167,304.
Beliau yang kini beraksi untuk Kelantan United FC (KUFC) itu memberitahu, sejak tidak lagi bersama TRW, beliau tidak pernah diajak untuk berbincang mengenai soal pembayaran tunggakan gajinya dengan pihak KAFA.
Malah, apa yang nampak ialah hanya tunggakan gaji pemain import yang menjadi keutamaan sehingga tercetusnya tabung Selamatkan Bola Sepak Kelantan untuk membayar tunggakan gaji pemain import tersebut.
"Bagaimana dengan kami pemain tempatan. Mana tabung derma untuk pemain tempatan? Kalau diikutkan kes saya perlu diselesaikan dahulu oleh KAFA.
"Saya faham KAFA berdepan masalah kewangan, tapi sekurang-kurangnya panggillah saya untuk berbincang, bagaimana kaedah dan pembayarannya, kita boleh bincang.
"Saya bukan kejam nak minta mereka langsaikan semuanya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Menurutnya, beliau juga mempunyai komitmen keluarga yang perlu diuruskan, namun tindakan KAFA menyebabkan dia keliru dengan status tunggakan tersebut sedangkan badan itu sibuk mencari dana untuk pembayaran tunggakan gaji pemain import.
"Saya ada juga dengar, KAFA diberikan masa sehingga 30 Jun ini oleh FAM untuk menyelesaikan segala tuntutan pemain tempatan. Saya sabar menunggu sehingga tarikh itu dan tengok apa yang akan berlaku selepas itu," katanya.