Gangguan sistem perbankan BSN sedang diatasi

Iklan

KUALA LUMPUR - Sistem perbankan teras Bank Simpanan Nasional (BSN) mengalami gangguan sejak jam 6.10 pagi Sabtu lalu, dan menjejaskan operasi perbankannya di semua cawangan dan saluran perbankan automatik, kata pengerusinya Tan Sri Abu Bakar Abdullah.

Kemudahan Kad Kredit BSN bagaimanapun terus beroperasi seperti biasa.

Iklan
Iklan

Dalam kenyataan, Abu Bakar berkata bank itu telah mengenal pasti punca gangguan, dan dalam proses memperbaikinya, selain mengambil semua langkah yang perlu untuk memastikan integriti sistem mantap sebelum kembali beroperasi.

"Dalam kami menangani gangguan ini, kami bersedia melayani pelanggan.

Iklan

"Bermula 21 Januari (Isnin), kami menyediakan perkhidmatan secara manual terpilih di cawangan kami, membenarkan pengeluaran wang tunai sebanyak RM500 sehari untuk pekerja yang dibayar menerusi akaun Akauntan Negara dan pesara, manakala RM200 sehari untuk pelajar yang mengekalkan akaun mereka dengan bank itu," katanya.

Abu Bakar berkata BSN meminta maaf atas kesulitan yang dialami, dan menghargai kesabaran dan sokongan pelanggannya.

Iklan

Bank juga telah berusaha untuk memastikan sistem dipulihkan untuk operasi penuh secepat mungkin, katanya.

"Kami mahu memberi jaminan kepada semua pelanggan bahawa semua simpanan dan deposit selamat dan dilindungi.

"Semua produk dan perkhidmatan perbankan akan dapat diakses, secara berperingkat, sebaik sistem beroperasi semula," katanya.- Bernama