China dakwa warga Kanada curi rahsia negara

Iklan
Anggota Kebebasan dan Demokrasi Vancouver untuk China memegang gambar Michael Kovrig (kanan) dan Michael Spavor di luar Mahkamah Agung British Columbia di Vancouver. -Foto AFP

BEIJING - Pemerintah China secara rasmi mendakwa dua warga Kanada yang ditahan lebih 18 bulan lalu atas tuduhan mengintip, kata pegawai hari ini di tengah-tengah ketegangan diplomatik antara Beijing dan Ottawa.

Penahanan bekas diplomat, Micheal Kovrig dan ahli perniagaan Michael Spavor dipercayai sebagai tindak balas terhadap tindakan Kanada menahan eksekutif kanan gergasi telekomunikasi China, Huawei iaitu Meng Wanzhou pada 1 Disember 2018.

Iklan
Iklan

Pejabat pendakwa raya utama China dalam satu kenyataan hari ini berkata, ia telah memulakan tindakan pendakwaan terhadap Kovrig dan Spavor atas tuduhan jenayah berkaitan risikan dan mencuri rahsia negara.

Pada awalnya, kedua-duanya dituduh terbabit dalam aktiviti yang membahayakan keselamatan China iaitu frasa yang sering digunakan Beijing dalam isu berkaitan pengintipan.

Iklan

Tuduhan mengintip boleh mengakibatkan Kovrig dan Spavor dijatuhi hukuman penjara yang lebih lama.

Pendakwaan itu dibuat beberapa minggu selepas keputusan utama dalam kes Wanzhou di mana hakim Kanada memutuskan bahawa proses untuk mengekstradisinya ke Amerika Syarikat (AS) akan diteruskan.

Iklan

Wanzhou diberkas di Vancouver atas permohonan AS yang menuduhnya melanggar sekatan terhadap Iran.

Penahanan Wanzhou serta tindakan Beijing menjadikan Kovrig dan Spavior sebagai 'cagaran' turut merosakkan perdagangan antara kedua-dua negara.

China juga telah menyekat eksport pertanian Kanada yang bernilai berbilion dolar. - AFP