SHAH ALAM - Pemimpin DAP menyifatkan keputusan mesyuarat Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang memutuskan memilih Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Pakatan Harapan (PH) tidak menjejaskan hala tuju gabungan parti itu.
Pemimpin terbabit, Charles Anthony Santiago berkata, ini kerana keputusan muktamad menentukan siapa menjadi Perdana Menteri termasuk keputusan penting yang lain hanya diputuskan oleh pimpinan PH secara bersama kelak.
Iklan
Iklan
"Keputusan muktamad akan diputuskan oleh PH. Memang itu adalah satu proses.
"Sebelum ini Majlis Presiden PH sudah berbincang dan membuat rundingan yang panjang lebar dan akhirnya kita terima juga pandangan PKR dan Anwar tetapi itu tidak bermaksud kita akan lawan sampai mati, tidak.
"Ini menunjukkan kita (DAP) ada banyak kerja yang perlu dibuat dan seperti dalam kenyataan PKR itu sendiri iaitu kita perlu mengotakan janji kepada pengundi PH pada pilihan raya lalu. Itu matlamat perjuangan PH,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.