Tiada lagi kelibat Kayla di EPL

Iklan
Penyokong The Eagles pasti merindui kelibat Kayla.

HASRAT penyokong Crystal Palace untuk melihat kelibat Kayla beraksi di Selhurst Park pada baki saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) tidak kesampaian apabila maskot The Eagles itu mati akibat serangan jantung.

Menurut Yayasan Hidupan Liar Eagle Heights (EHWF)yang mengesahkan perkara itu, helang bald eagle berkenaan mati pada usia 28 tahun akibat serangan jantung.

Iklan
Iklan

EHWF dalam beberapa tahun kebelakangan ini juga mengurus keadaan Kayla yang menderita akibat gout.

EHWF juga berjaya mengumpulkan sebanyak 4, 000 pound (RM21, 000) yang kebanyakan disumbangkan penyokong Crystal Palace bagi membayar bil rawatannya.

Kayla sering tampil menghiburkan penyokong di Selhurst Park.

Iklan

Jurucakap EHWF, Samantha Ames berkata:"Kami berterima kasih kepada semua pihak khasnya penyokong Crystal Palace yang menyumbang bagi pembayaran bil dan penjagaan Kayla sepanjang berada di sini."

"Terima kasih juga kepada petugas yang bertungkus lumus memberikan rawatan terbaik kepada Kayla selama ini," katanya.

Kayla yang dijadikan maskot rasmi Crystal Palace pada 2015 sering beraksi di Selhurst Park sebelum perlawanan tuan rumah begitu popular dalam kalangan penyokong dan kakitangan The Eagles.

Iklan

Sementara, seorang ahli pasukan sorak The Eagles selama tiga tahun, Amie Latter berkata:"Kayla sangat gembira berada di Selhurst Park. Dia tidak pernah gagal untuk memukau semua ketika kami melihatnya melonjak dari satu palang gol ke gol yang lain. Kayla menjadikan setiap perlawanan di Selhurst Park satu pengalaman yang begitu istimewa dan sukar untuk di lupakan penyokong."